Program Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2 Hari
Jawapan penting untuk ibu bapa tentang program, pendaftaran, yuran, persediaan peserta, susulan dan polisi.
Daftar Program WhatsApp Urus SetiaProgram Motivasi Alihan Pelajar (MAP) ialah program pembangunan diri pelajar yang diasaskan dan dikendalikan oleh Dr. Tengku Asmadi, dan telah dilaksanakan sejak 1995.
Program ini bukan sekadar ceramah motivasi, tetapi membantu pelajar melihat semula cara fikir, sikap, matlamat, disiplin dan pendekatan mereka terhadap pembelajaran dan kehidupan.
01. Apa sebenarnya Program Motivasi Alihan Pelajar (MAP)?
MAP ialah program pembangunan diri selama 2 hari yang direka untuk membantu pelajar melakukan perubahan dari segi:
- Cara fikir (mindset) dan sikap terhadap pembelajaran
- Motivasi dalaman
- Keyakinan diri
- Matlamat dan hala tuju
- Pengurusan masa
- Disiplin diri
- Teknik, strategi dan sistem belajar
- Hubungan dengan ibu bapa, guru dan orang di sekeliling
- Kesedaran tentang tanggungjawab terhadap masa depan sendiri
Matlamat utama MAP ialah membantu pelajar berubah dari dalam, bukan sekadar bersemangat untuk beberapa hari selepas menghadiri kursus.
02. Siapa yang sesuai mengikuti MAP?
Program ini sesuai untuk pelajar berumur sekitar 9 hingga 17 tahun.
Ia sesuai untuk pelajar yang:
- Malas atau kurang bermotivasi untuk belajar
- Banyak bermain game atau menggunakan telefon
- Susah mengurus masa
- Kurang fokus
- Tidak tahu cara belajar dengan betul
- Tidak mempunyai matlamat yang jelas
- Kurang yakin dengan diri sendiri
- Prestasi akademiknya menurun
- Sering bertangguh
- Sukar mendengar nasihat ibu bapa
- Sebenarnya pandai tetapi tidak menggunakan potensi sepenuhnya
MAP juga sesuai untuk pelajar yang sudah baik dan berprestasi tinggi, tetapi mahu meningkatkan lagi disiplin, keyakinan, fokus dan prestasi mereka.
03. Anak saya tidak bermasalah dalam pelajaran. Perlukah dia hadir?
Boleh. Malah selama ini yang ramai hadir bukannya dikalangan anak-anak yang bermasalah sangat pun.
MAP bukan program untuk pelajar yang bermasalah sahaja.
Ramai ibu bapa menghantar anak yang sudah baik kerana mahu anak mereka mempunyai:
mindset yang lebih kuat, matlamat yang lebih jelas, disiplin yang lebih baik dan sistem belajar yang lebih tersusun.
Mencegah lebih baik daripada menunggu sehingga masalah menjadi serius.
04. Anak saya memang sangat malas belajar. Adakah MAP boleh membantu?
MAP direka khusus untuk membantu pelajar memahami mengapa mereka perlu berubah, bukan semata-mata menyuruh mereka belajar.
Dalam program ini, pelajar dibantu melihat hubungan antara:
pilihan hari ini → tabiat → keputusan → masa depan mereka.
Bagaimanapun, perubahan seseorang pelajar tidak boleh dijamin hanya melalui satu program.
MAP adalah satu intervensi dan titik permulaan. Sokongan ibu bapa, persekitaran rumah, sekolah dan tindakan susulan selepas program juga memainkan peranan penting.
MAP membantu memberikan momentum, dan ibu bapa perlu mewujudkan Sistem Belajar di rumah dan ‘follow thru’ agar anak-anak ada disiplin di rumah.
05. Anak saya langsung tidak mahu datang kursus. Boleh paksa dia?
Ini antara situasi yang sangat biasa.
Ramai peserta pada awalnya datang kerana diminta oleh ibu bapa. Ada yang merajuk, tidak berminat atau menganggap mereka akan menghadiri “ceramah motivasi yang membosankan”.
Ibu bapa tidak perlu terlalu awal memberitahu anak:
Sebaliknya, gunakan pendekatan seperti:
Matlamatnya ialah supaya anak hadir dengan fikiran yang lebih terbuka dan tidak merasakan dirinya sedang “dihukum”.
06. Adakah program ini hanya ceramah selama dua hari?
Tidak.
MAP menggunakan gabungan:
- Penerangan
- Aktiviti individu
- Aktiviti berkumpulan
- Refleksi
- Soal jawab
- Latihan praktikal
- Aktiviti perubahan mindset
- Perkongsian pengalaman
- Teknik pembelajaran
- Elemen coaching dan motivasi
Pendekatan program adalah interaktif dan sesuai dengan dunia pelajar, bukan sekadar duduk mendengar ceramah sepanjang hari.
07. Apa yang anak saya akan belajar sepanjang dua hari?
Antara perkara utama yang disentuh ialah:
Mindset dan Sikap
- Mengubah cara melihat diri sendiri dan pelajaran
- Mengambil tanggungjawab terhadap pilihan sendiri
- Memahami hubungan antara tindakan dan keputusan
Matlamat
- Membina hala tuju
- Mengetahui sebab mereka perlu belajar
- Membina gambaran masa depan
Motivasi
- Membina motivasi dari dalam
- Mengatasi rasa malas dan suka bertangguh
Pengurusan Masa
- Mengenal pasti “masa emas” dan “masa bocor”
- Membina rutin yang lebih produktif
Kemahiran Belajar
- Cara belajar dengan lebih berkesan
- Membina sistem belajar
- Mengulang kaji dan membuat latihan secara konsisten
Pembangunan Diri
- Keyakinan
- Disiplin
- Sikap positif
- Tanggungjawab terhadap diri dan keluarga
Kami fokus kepada melahirkan anak-anak yang berpegang kepada perjuangan untuk ‘Be A Better Muslim’.
08. Adakah program ini boleh menjadikan anak saya terus rajin selepas dua hari?
Kita perlu realistik.
Tidak ada kursus dua hari yang boleh menjamin seseorang anak akan berubah sepenuhnya untuk selama-lamanya.
Tetapi program yang baik boleh menjadi turning point yang menyebabkan seorang pelajar melihat dirinya, ibu bapanya, pelajarannya dan masa depannya daripada perspektif yang berbeza.
Selepas itu, perubahan perlu diperkukuhkan melalui tindakan konsisten dan sokongan keluarga.
09. Adakah MAP menggunakan NLP?
Dr. Tengku Asmadi mempunyai pengalaman dan latihan yang lama dalam bidang NLP, coaching, pembangunan manusia dan Peak Performance.
Sebahagian prinsip komunikasi, perubahan mindset dan pembangunan diri digunakan dalam penyampaian program.
Namun MAP bukan kelas untuk mengajar teori NLP kepada pelajar. Fokusnya ialah hasil praktikal kepada peserta. NLP hanya digunakan dalam pendekatan latihan dan pengajaran sahaja. Yang penting hasilnya.
10. Siapa yang mengendalikan program?
Program ini diasaskan oleh:
Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
Peak Performance Coach, Motivator, Trainer dan Author.
Beliau mempunyai lebih tiga dekad pengalaman dalam bidang latihan, motivasi, pembangunan pelajar, coaching dan parenting.
Beliau dibantu oleh trainer yang lebih 20 tahun bersama beliau iaitu:
- Cikgu Hanis Safari.
- Cikgu Rashid bin Kassim
- Cikgu Irwan Afendi.
MAP telah dikendalikan sejak 1995 dan telah melalui penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut keperluan generasi pelajar semasa.
11. Berapa lama program berlangsung?
Program berlangsung selama 2 hari, lazimnya dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Program ini tidak bermalam.
Peserta pulang bersama ibu bapa atau penjaga selepas tamat program setiap hari.
12. Adakah ibu bapa perlu berada di lokasi sepanjang program?
Tidak.
Selepas proses pendaftaran dan penyerahan peserta selesai, ibu bapa boleh meninggalkan lokasi dan mengambil anak semula selepas program tamat.
Ibu bapa hanya perlu hadir pada Hari Kedua, jam 5 petang, ada Sesi Khas Parenting.
13. Di mana MAP diadakan?
MAP dijalankan di pelbagai lokasi.
Bagi program semasa:
International Youth Centre (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.
Lokasi bagi setiap siri program mungkin berubah. Sila rujuk poster atau halaman pendaftaran bagi tarikh dan lokasi terkini.
Link untuk semak tarikh dan lokasi:
14. Bilakah program MAP yang akan datang?
Untuk siri semasa:
26–27 Disember 2026
Sabtu & Ahad
International Youth Centre (IYC), Cheras
Maklumat program terkini boleh dilihat melalui halaman pendaftaran rasmi.
15. Berapakah yuran program?
Untuk siri Disember 2026:
Early Bird: RM299
Terhad kepada 50 peserta terawal
Harga Normal: RM360
Untuk Harga Normal, Diskaun Kumpulan diberikan iaitu:
5% untuk dua peserta yang didaftarkan serentak.
10% untuk tiga peserta atau lebih.
Yuran mungkin berbeza bagi siri program yang akan datang.
16. Bagaimana cara mendaftar?
Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui:
https://dtashop.onpay.my/order/form/mapdis2026**
Isi maklumat peserta dan penjaga serta buat pembayaran melalui sistem yang disediakan.
17. Jika saya mempunyai lebih daripada seorang anak, boleh daftar sekali?
Ya. Setiap anak perlu didaftarkan sebagai peserta.
Setiap kali isi borang pendaftaran online, sistem akan tanya:
Nama Pelanggan: (Isikan nama ibu atau bapa)
Bilangan Peserta: (Pilih berapa orang nak didaftarkan)
Nama Peserta: (Yang ini barulah masukkan nama anak-anak)
Untuk Yuran Early Bird, tiada diskaun lain untuk adik beradik.
Untuk Yuran Normal akan ada Diskaun Kumpulan (rujuk di atas)
18. Ada diskaun adik-beradik?
YA ADA
Untuk Yuran Early Bird RM299 seorang, tiada diskaun lain untuk adik beradik.
Untuk Yuran Normal RM360 seorang akan ada Diskaun Kumpulan.
5% untuk dua peserta yang didaftarkan serentak. Iaitu RM342 seorang.
10% untuk tiga peserta atau lebih, iaitu RM324 seorang
19. Adakah makanan disediakan?
Ya. Makanan tengah hari, 1:00 tengah hari dan minum ringan jam 10:30 pagi disediakan.
20. Anak saya mempunyai alahan makanan. Apa perlu saya lakukan?
Sila maklumkan kepada urus setia semasa pendaftaran atau sebelum program bermula.
Ibu bapa juga digalakkan memberi arahan yang jelas kepada anak sekiranya terdapat makanan tertentu yang perlu dielakkan.
21. Anak saya mempunyai masalah kesihatan. Boleh hadir?
Bergantung kepada keadaan kesihatan anak.
Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak urus setia mengenai sebarang:
- Alahan
- Asma
- Pengambilan ubat
- Keadaan kesihatan tertentu
- Keperluan khas
Sekiranya keadaan memerlukan pemantauan perubatan khusus, sila bincangkan dengan pihak urus setia terlebih dahulu.
22. Bolehkah anak membawa ubat?
Boleh jika diperlukan.
Pastikan ubat dilabel dengan jelas dan anak memahami cara penggunaannya.
Bagi keadaan yang memerlukan pemantauan khas, sila maklumkan kepada urus setia.
23. Apakah pakaian yang sesuai?
Peserta digalakkan memakai pakaian yang:
- Sopan
- Selesa
- Sesuai untuk aktiviti
- Mudah bergerak
Bawa pakaian untuk solat.
Kasut perlu dipakai sepanjang masa kecuali di surau.
24. Perlu bawa alat tulis?
Ya.
Digalakkan membawa:
- Pen
- Pensel
- Buku nota
- Botol air
- Keperluan peribadi asas
Modul MAP akan diberikan kepada setiap peserta.
Buku ini dicetak hanya di muka surat depan, muka surat belakang sengaja dikosongkan bagi membolehkan peserta mencatat nota.
25. Bolehkah anak membawa telefon?
Anak boleh bawa telefon atas tanggung jawab sendiri.
26. Bagaimana jika anak perlu menghubungi ibu bapa?
Sekiranya terdapat perkara penting atau kecemasan, peserta boleh mendapatkan bantuan urus setia untuk menghubungi ibu bapa atau penjaga.
27. Adakah program lelaki dan perempuan bercampur?
Peserta lelaki dan perempuan mengikuti program yang sama dalam suasana pembelajaran yang terkawal dan dipantau oleh pihak urus setia. Tempat duduk lelaki dan perempuan diasingkan.
28. Adakah solat disediakan dalam jadual program?
YA WAKTU SOLAT ADA DALAM JADUAL
29. Anak saya pemalu dan sukar bergaul. Sesuai ke?
Ya.
Peserta tidak perlu menjadi seorang yang extrovert untuk mendapat manfaat daripada MAP.
Aktiviti dilakukan secara berperingkat dan peserta digalakkan mengambil bahagian mengikut kemampuan masing-masing.
Malah ada yang sebelumnya seorang introvert tetapi selepas program mula extrovert.
30. Anak saya ADHD / autism / mempunyai keperluan pembelajaran tertentu. Sesuai ke?
Setiap anak mempunyai keperluan yang berbeza.
Ibu bapa disarankan menghubungi urus setia terlebih dahulu dan menerangkan keadaan anak supaya pihak penganjur dapat menilai sama ada format program sesuai dan jenis sokongan yang diperlukan.
MAP bukan program terapi dan tidak menggantikan rawatan atau intervensi profesional.
31. Anak saya masih sekolah rendah. Adakah dia dapat memahami program?
Program menerima peserta sekitar umur 9–17 tahun.
Penyampaian dilakukan dengan bahasa, contoh, cerita dan aktiviti yang mudah difahami oleh pelajar.
Walaupun tahap kematangan peserta berbeza, mesej program disampaikan supaya boleh difahami dan diaplikasikan mengikut peringkat umur masing-masing.
Malah pelajar yang usia 9, 10 dan 11 tahun diletakkan di barisan depan agar lebih fokus.
Program ini membolehkan anak-anak yang masih di peringkat rendah, matang lebih cepat. Ini menyebabkan apabila mereka pulang nanti, mereka lebih ke hadapan berbanding rakan-rakan lain di sekolah.
32. Anak saya Tingkatan 4 / Tingkatan 5. Program ini terlalu “budak-budak” tak?
Tidak.
Topik seperti:
- Matlamat
- Disiplin
- Fokus
- Pengurusan masa
- Tanggungjawab
- Sistem belajar
- Masa depan
sangat relevan untuk remaja.
Penyampaian dan contoh disesuaikan supaya peserta yang lebih dewasa juga mendapat manfaat.
Ingat:
Program ini telah dijalankan sejak 31 Tahun yang lalu dan telah dihadiri oleh lebih 300,000 pelajar dan masih kekal hingga ke hari ini.
33. Adakah program fokus kepada peperiksaan sahaja?
Tidak.
Peperiksaan adalah sebahagian daripada kehidupan seorang pelajar, tetapi MAP melihat pembangunan pelajar secara lebih menyeluruh.
Matlamatnya ialah membina seorang pelajar yang mempunyai:
mindset + disiplin + sistem + motivasi + tanggungjawab.
34. Apakah beza MAP dengan seminar motivasi biasa?
MAP dibina sebagai satu proses perubahan, bukan sekadar sesi menaikkan emosi atau semangat. Program ini adalah program ‘Hard Motivation’, untuk anak-anak terbentuk cara fikir dan tabiat baru.
Peserta bukan sahaja mendengar “anda boleh berjaya”, tetapi dibantu memahami:
- Mengapa mereka belum berubah
- Apa yang perlu diubah
- Apa tabiat yang menghalang mereka
- Apa sistem yang perlu dibina
- Apa tindakan yang perlu dimulakan selepas pulang
35. Anak saya pernah pergi banyak program motivasi tetapi masih sama. Kenapa MAP mungkin berbeza?
Satu cabaran dalam motivasi ialah pelajar boleh bersemangat ketika berada dalam dewan tetapi kembali kepada tabiat lama apabila pulang.
Oleh itu MAP memberi perhatian kepada bukan sahaja motivasi, tetapi juga:
mindset, tabiat, sistem, tindakan dan tanggungjawab diri.
Namun ibu bapa masih mempunyai peranan besar selepas anak kembali ke rumah.
Masa Sesi Parenting nanti, ibu bapa akan diberitahu apa yang perlu dilakukan.
36. Apa yang ibu bapa patut lakukan selepas anak pulang daripada MAP?
Perkara paling penting:
Jangan terus “test” perubahan anak.
Elakkan ayat seperti:
atau:
Sebaliknya, tanya:
Perubahan yang berkekalan lebih mudah berlaku apabila anak mendapat sokongan, bukan tekanan.
37. Berapa lama biasanya perubahan akan kelihatan?
Setiap anak berbeza.
Ada yang menunjukkan perubahan serta-merta.
Ada yang mengambil masa beberapa hari atau minggu.
Ada juga perkara yang hanya benar-benar difahami apabila mereka menghadapi pengalaman tertentu selepas program.
Jangan terlalu cepat menilai keberkesanan berdasarkan satu atau dua hari pertama selepas program.
38. Adakah ibu bapa akan mendapat maklum balas individu tentang anak?
TIDAK
39. Adakah Dr. Tengku Asmadi akan memberikan coaching secara individu kepada anak saya?
MAP ialah program latihan berkumpulan.
Ia bukan sesi coaching atau terapi individu.
Tetapi, Dr. Tengku Asmadi juga ada jalankan ‘Small Group Coaching’ atau ‘Personal Coaching’. Sesi tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi:
Puan Hjh. Nor Sarina, Pengarah Operasi MAP:
https://www.wasap.my/60165260719/NakSesiCoaching
Email: [norsarinazakaria@gmail.com](mailto:norsarinazakaria@gmail.com)
Jika seseorang peserta memerlukan bantuan psikologi, kaunseling atau rawatan khusus, ibu bapa digalakkan mendapatkan bantuan profesional yang sesuai.
40. Adakah sijil diberikan?
ADA
Peserta yang menyelesaikan program akan menerima sijil penyertaan.
Oleh itu pastikan EJAAN NAMA betul semasa mengisi borang pendaftaran. Setiap sijil yang terpaksa diulang cetak atas kecuaian mengisi borang akan dikenakan caj.
41. Adakah gambar dan video akan diambil?
Sepanjang program, pihak penganjur mungkin mengambil foto atau video bagi tujuan dokumentasi dan promosi program. Malah kami akan kongsikan gambar-gambar dan video ini dengan peserta dan ibu bapa.
42. Kalau anak tak dapat hadir selepas mendaftar, boleh refund?
BERGANTUNG KEPADA SITUASI
Polisi Refund
- 100% refund diberikan jika pembatalan dibuat seminggu sebelum tarikh program.
- RM100 kos pengurusan dan katering ditolak jika pembatalan dibuat dalam masa seminggu sebelum tarikh.
- Ibu bapa boleh tukar kepada peserta lain.
- Jika anak sakit, berikan kami salinan MC, kami akan masukkan namanya sebagai peserta untuk program yang akan datang.
- Jika peserta tidak dapat hadir atas alasan yang kukuh, kami akan pindahkan namanya ke tarikh lain selepas itu.
- Jika tanpa sebarang notis atau makluman, peserta tidak hadir pada hari program, TIADA REFUND akan diberikan.
43. Kalau program ditunda atau dibatalkan bagaimana?
Sekiranya berlaku perubahan yang dibuat oleh pihak penganjur, peserta akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi berserta pilihan yang berkaitan berdasarkan keadaan.
44. Saya daftar melalui Affiliate. Adakah harga atau program berbeza?
Tidak.
Pendaftaran melalui Affiliate yang sah tetap memberikan peserta akses kepada program MAP yang sama.
Affiliate membantu memperkenalkan program dan memberikan link pendaftaran rasmi kepada ibu bapa.
45. Bagaimana saya tahu saya mendaftar melalui saluran rasmi?
Pastikan pembayaran dibuat melalui halaman pendaftaran rasmi MAP atau saluran yang disahkan oleh pihak penganjur.
Bagi program Disember 2026:
46. Siapa yang boleh saya hubungi jika masih ada pertanyaan?
WhatsApp Urus Setia MAP:
Puan Hajah Nor Sarina
Telefon: 016-5260719
Hotline MAP: 010-7799313
Website / Facebook / Instagram:
“Dr., boleh jamin anak saya berubah selepas program ini?”
Jawapan kami mudah:
Kami tidak menjanjikan keajaiban dalam dua hari.
Tetapi kami akan memberikan pengalaman, ilmu, kesedaran, strategi dan dorongan yang boleh menjadi titik perubahan kepada seorang anak.
Kadang-kadang seorang anak tidak perlukan seribu kali nasihat.
Dia cuma perlukan satu pengalaman yang menyebabkan dia mula melihat hidupnya dengan cara yang berbeza.
Itulah yang kami cuba lakukan melalui Motivasi Alihan Pelajar (MAP).
Dr. Tengku Asmadi
Peak Performance Coach
Pengasas Program Motivasi Alihan Pelajar (MAP)
Masih ada pertanyaan?
Hubungi Urus Setia MAP atau terus ke halaman pendaftaran rasmi.
WhatsApp Pn. Hjh. Nor Sarina Hotline 010-7799313 Laman Rasmi MAPProgram Motivasi Alihan Pelajar (MAP) • Dr. Tengku Asmadi • Peak Performance Coach